Air terjun Cemerung adalah tarikan yang meletakkan Hutan Lipur Sungai Cemerung dalam peta pelancongan negeri terengganu khususnya kepada penggemar sukan lasak. X-plorasi kali ini akan menjelajah kawasan hutan lipur Sg. Cemerung menggunakan satu lagi sukan lasak yang jarang diceburi ramai iaitu ATV untuk sampai ke lokasi permulaan berakit arus deras @ White Water Rafting di Sg. Loh yang terletak di dalam hutan lipur Pasir Raja iaitu bersebelah dengan hutan lipur Sg. Cemerung. Suatu aktiviti yang sungguh mencabar dan menarik untuk dikongsi bersama peminat darisegi penggunaan ATV yang pertama kali digunakan dalam episod X-plorasi dan cabaran deruman arus deras Sg. Loh yang bakal kami harungi... ATV Cemerung yang baru bertapak hampir 2 tahun menjadi nadi penggerak kepada permulaan episod kali ini. Kemahiran anak tempatan yang menggenalikan keperluan teknikal kenderaan ini di sini cukup membanggakan. Laluan balak yang tidak rata menjadi cabaran kepada Azuran dan team X-plorasi.
Sg. Loh yang jarang diketahui peminat berakit arus deras sebenarnya mempunyai kederasan air yang sangat kuat. Jeram-jeram yang berada di tahap 3-5 membolehkan peminat aktiviti ini cuba menawannya. X-plorasi kali ini akan cuba menawan kesemua jeram-jeram Sg. loh yang dikatakan berada ditahap kesukaran sungai ke-2 merbahaya di Semenanjung Malaysia selepas Singor, Perak.
No comments:
Post a Comment