Friday 30 March 2012

PULAU PAYAR, KEDAH


X-plorasi kali ini akan meneroka pulau yang berada di dalam kepulauan Langkawi yang terkenal dengan satu-satunya pulau yang digazetkan sebagai Taman Laut di kawasan barat Semenanjung Malaysia iaitu Pulau Payar. Pulau ini merupakan  kawasan yang dikawal oleh Jabatan Taman Laut Malaysia Negeri Kedah dalam menjaga dan memelihara ekosistem hidupan marin yang terdapat padanya. Kali ini saya (suriani) akan meneroka keunikan dasar laut dan daratan yang terdapat di sekitar pulau ini bersama pihak JTLM.
       Pada tahun 1998 Pulau Payar pernah mengalami kerosakan teruk pada karangannya ekoran peningkatan suhu global yang meningkat kepanasannya. Kurang ketahanan kepanasan menyebabkan ekologi karangan di sini telah rosak teruk dan menyebabkan karangan menjadi kelunturan atau bleaching.
       Ekoran kajadian ini, sudah pasti ekosistem laut turut terjejas terutamanya lokasi pembiakan ikan dan hidupan marin yang lain yang bergantung hidup antara satu sama lain. Langkah menutup pulau ini dari menerima kunjungan pelancong dan adanya pemantauan yang efensif dari pihak JTLM Kedah telah mengembalikan keindahannya dasarnya kembali. Ini ditambah pula dengan pelbagai usaha pemuliharaan dan konservasi yang dilakukan pihak JTLM seperti mengadakan tukun-tukun tiruan sebagai lokasi pembiakkan ikan, perumah kepada karangan dan hidupan marinnya mendatangkan kesan positif kepada biologi hidupan marin di pulau ini.


















































Antara adegan untuk semua :-










Monday 26 March 2012

X-Plorasi Kembara 4x4 Lata Cermin, Gerik- Perak


Pada kali ini saya (suriani) bersama kumpulan pacuan 4 roda Kedah dan motocross Padang Terap, akan meredah laluan dari Baling-Gerik menggunakan 4x4 yang di kenali sebagai Lata Cermin. Laluan yang dikatakan berada di tahap 4 kesukaranya menjadikan peminat aktiviti lasak pacuan 4 roda dan motocross mengidamkan cabarannya.


Perjalanan kami bermula seawal jam 9 pagi...
































Antara adegan sepanjang rakaman Xplorasi :














Friday 23 March 2012

RAKAMAN RANCANGAN X-PLORASI MUSIM KE 11, 2012

PADA MUSIM INI, TEAM X-PLORASI AKAN MEMULAKAN EPISOD PERJALANAN BARU DENGAN MENJALANKAN RAKAMAN DI HUTAN BALING-GERIK DENGAN MELAKUKAN CABARAN LASAK 4X4 KE LATA CHERMIN BERSAMA TEAM KEDAH 4X4 PADA PENGHUJUNG MAC 2012.  
       XPLORASI SETERUSNYA, MELAKUKAN RAKAMAN SELAMAN DI PULAU PAYAR BERSAMA JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA (KEDAH) PADA AWAL APRIL 2012. HARAPAN KAMI AGAR SEGALA YANG DIRANCANG AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN SEMPURNA. 
       SURIANI ABDUL RAHMAN AKAN MENJADI HOST KEPADA KEDUA-DUA EPISOD INI DAN AKAN DIGANDINGKAN NANTI BERSAMA AZURA ZAINAL PADA EPISOD AKAN DATANG...ariooosss

Gabungan Lama dan Baru - Hos

Pada musim ke-11 ini, team X-plorasi RTM akan membuat perubahan terbaru darisegi kandungan, olahan, dan penampilan hos dalam penceritaannya. Diharapkan peminat X-plorasi akan terus menyokong rancangan ini.

AZURA ZAINAL


















SURIANI ABDUL RAHMAN