Tuesday, 29 May 2012

NEXT- Lokasi

GUNUNG IRAU - GUNUNG BRINCHANG - PAHANG DARUL MAKMUR


Gunung Irau menjadi lokasi seterusnya untuk kembara team X-plorasi menaklukinya. Walaupun ketinggian gunung ini hanya 2110M dari aras laut namun ada sesuatu yang menjadi tujuan utama kepada team X-plorasi perlukan. Nak tahu...nantikan kemunculan episod ini ditayangkan...





Gunung Irau merupakan salah satu gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 2000 meter di Semenanjung Malaysia. Terletak di utara Brinchang Cameron Highland, Gunung Irau merupakan salah satu gunung yang popular dikunjungi oleh pendaki pada hujung minggu. Ia juga merupakan salah satu lokasi pemfileman wayang box-office Puteri Gunung Ledang (scene hutan dimana puteri menetap tu) kerana keindahan hutan semula jadinya. 


Hutan di Gunung Irau mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Ia adalah hutan dari jenis berlumut (mossy forest) dari lantai trek hingga ke puncak pokok. Keadaan ini menyebabkan suhu di dalam hutan di antara 13-17 darjah celcius. Keadaan hutan berlumut juga merupakan permandangan yang cantik dan agak unik. Berdiri di dalam hutan berlumut di Gunung Irau umpama sedang berdiri di dalam Fangorn Forest dalam  Filem 'Lord of The Rings'.


Ini hanyalah maklumat artikel yang diperolehi dari laman sesawang yang ada untuk dikongsikan bersama. Untuk gambaran lebih tepat dari team X-plorasi, maklumatnya akan dikongsi bersama setelah selesai xpdc tersebut nanti.... Harap bersabar yer...









1 comment: