Perjalanan dari Kuala Lumpur basah, jadi kami hanya boleh membayang sahaja akan keadan trek di dalam hutan nanti. Trek yang akan kami gunakan di Hutan Simpan Pasir Raja merupakan trek yang digunakan semasa Rainforest Challenge pada tahun 2005 & 2008 dan telah diiktiraf oleh Asia Pasifik Brand Foundation sebagai salah satu trek yang paling ekstrem dan terbaik.
Setelah bermain dengan kereta pacuan empat roda sejauh 26 km, kami akan menggunakaan kekuatan fizikal kami untuk trekking sejauh 1km untuk melihat keajaiban alam yang pertama kali ditemui pada tahun 1993, pokok Chengal yang terbesar di dunia. Ia berdiri gagah pada ketinggian 65meter dan berusia 1300 tahun.
Apa yang pasti, setiap kru x-plorasi sememangnya akan membawa cerita atau kisah Pokok Cengal yang sangat istimewa ini kepada anda melalui audio dan juga visual tidak lama lagi di TV1..nantikan kemunculannya... ;-)
Adegan-adegan aksi Team PADAT
No comments:
Post a Comment