Friday, 30 March 2012

PULAU PAYAR, KEDAH


X-plorasi kali ini akan meneroka pulau yang berada di dalam kepulauan Langkawi yang terkenal dengan satu-satunya pulau yang digazetkan sebagai Taman Laut di kawasan barat Semenanjung Malaysia iaitu Pulau Payar. Pulau ini merupakan  kawasan yang dikawal oleh Jabatan Taman Laut Malaysia Negeri Kedah dalam menjaga dan memelihara ekosistem hidupan marin yang terdapat padanya. Kali ini saya (suriani) akan meneroka keunikan dasar laut dan daratan yang terdapat di sekitar pulau ini bersama pihak JTLM.
       Pada tahun 1998 Pulau Payar pernah mengalami kerosakan teruk pada karangannya ekoran peningkatan suhu global yang meningkat kepanasannya. Kurang ketahanan kepanasan menyebabkan ekologi karangan di sini telah rosak teruk dan menyebabkan karangan menjadi kelunturan atau bleaching.
       Ekoran kajadian ini, sudah pasti ekosistem laut turut terjejas terutamanya lokasi pembiakan ikan dan hidupan marin yang lain yang bergantung hidup antara satu sama lain. Langkah menutup pulau ini dari menerima kunjungan pelancong dan adanya pemantauan yang efensif dari pihak JTLM Kedah telah mengembalikan keindahannya dasarnya kembali. Ini ditambah pula dengan pelbagai usaha pemuliharaan dan konservasi yang dilakukan pihak JTLM seperti mengadakan tukun-tukun tiruan sebagai lokasi pembiakkan ikan, perumah kepada karangan dan hidupan marinnya mendatangkan kesan positif kepada biologi hidupan marin di pulau ini.


















































Antara adegan untuk semua :-










No comments:

Post a Comment