Thursday, 30 January 2014

XPLORASI BAKALALAN - GUNUNG MURUD


Xplorasi Bakalaln-Gunung Murud, Sarawak (1)




                                            Xplorasi Bakalaln-Gunung Murud, Sarawak (2)



Satu lagi episod Xplorasi yang kali ini pelbagai kenangan telah tersemat didalam hati sanubari team Xplorasi semasa proses rakaman dijalankan. Kenangan manis memanglah indah terutamanya semasa Pesta Apple. Macam-macamlah pengalaman darisegi tarian, makanan dan sebagainya semasa bersama bersama suku kaum Lun Bawang. Apa yang bagusnya mereka sagatlah mesra dengan semua tetamu yang datang.


Cerita tentang apa yang pahit nnt kami kongsikan yer...

Tuesday, 28 January 2014

X-PLORASI PULAU REDANG

X-plorasi Pulau Redang

Ini merupakan program kerjasama di antara RTM dan Taman-Taman Laut di bawah Kementerian Sumber Asli. X-plorasi ke sana bagi melihat dan menyokong usaha kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan (konservasi) yang dilakukan oleh Taman-Taman Laut. Selain itu, satu yang tidak diketahui ramai tentang kewujudan Reef Rangers yang dilakukan hasil kerjasama Taman Laut, Pengusaha Resort dan Orang tempatan. Reef Rangers ini adalah mata dan kepala kepada pihak penguassa dalam menjaga alam semulajadi di daratan mahupun di lautan Pulau Redang...seseuatu yang harus dijadikan contoh kepada semua. Macam biasa Azura Zainal hos X-plorasi telah menjelajah Pulau Redang.

X-plorasi Pulau Redang 2


Jadi ingat tag line X-plorasi : "Kita Tidak Mewarisi Alam Ini Dari Nenek Moyang Kita, Tetapi Kita Meminjamnya Dari Generasi Yang Akan Datang".

Layannnnn...

Tajaan daripada :









X-PLORASI PULAU BIDONG


X-plorasi Pulau Bidong (ep.1)


                                                       X-plorasi Pulau Bidong (ep.2)


Program X-plorasi ini telah diterbitkan untuk musim ke 9 pada tahun 2010...

Banyak kisah suka dan duka tentang sejarah pulau Bidong semasa ia menjadi penempatan kepada pelarian vietnam...kisah suka dan suka ini telah menarik minat team X-plorasi yang diketuai oleh penerbitnya ketika itu Bob untuk menjelaja dan meneroka tinggalan sejarah yang kian hilang di telan zaman...Namun, En.Rosli yang pernah memberi khidmat dalam bidang perubatan mempunyai seribu kenangan yang sukar diungkapkan..Apa pun dari permukaan pulau hingga ke dasar lautnya telah pun X-plorasi terokai melalui penyampaian pengacara Azura Zainal...

Tajaan daripada :






Thursday, 31 May 2012

DAH LAMA,TAPI MASIH SEMPOI...

Pembikinan promo yang dah di war-war kan dulu kini baru berkesempatan untuk dimuat turun ekoran terdapat masalah teknikal. Apa pun terima kasih diucapkan kepada pelaksananya iaitu UNA- pelajar Uitm yang pada masa tu sedang menjalankan praktikal di dalam team X-plorasi. Tahniah UNA dan thank you so much...anda membuktikan anda boleh lakukannya....


Sebarang pendapat / komen sila-silalah yer...ok jer

Tuesday, 29 May 2012

NEXT- Lokasi

GUNUNG IRAU - GUNUNG BRINCHANG - PAHANG DARUL MAKMUR


Gunung Irau menjadi lokasi seterusnya untuk kembara team X-plorasi menaklukinya. Walaupun ketinggian gunung ini hanya 2110M dari aras laut namun ada sesuatu yang menjadi tujuan utama kepada team X-plorasi perlukan. Nak tahu...nantikan kemunculan episod ini ditayangkan...





Gunung Irau merupakan salah satu gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 2000 meter di Semenanjung Malaysia. Terletak di utara Brinchang Cameron Highland, Gunung Irau merupakan salah satu gunung yang popular dikunjungi oleh pendaki pada hujung minggu. Ia juga merupakan salah satu lokasi pemfileman wayang box-office Puteri Gunung Ledang (scene hutan dimana puteri menetap tu) kerana keindahan hutan semula jadinya. 


Hutan di Gunung Irau mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Ia adalah hutan dari jenis berlumut (mossy forest) dari lantai trek hingga ke puncak pokok. Keadaan ini menyebabkan suhu di dalam hutan di antara 13-17 darjah celcius. Keadaan hutan berlumut juga merupakan permandangan yang cantik dan agak unik. Berdiri di dalam hutan berlumut di Gunung Irau umpama sedang berdiri di dalam Fangorn Forest dalam  Filem 'Lord of The Rings'.


Ini hanyalah maklumat artikel yang diperolehi dari laman sesawang yang ada untuk dikongsikan bersama. Untuk gambaran lebih tepat dari team X-plorasi, maklumatnya akan dikongsi bersama setelah selesai xpdc tersebut nanti.... Harap bersabar yer...









Wednesday, 9 May 2012

X-PLORASI ATV CEMERUNG & RAKIT ARUS DERAS SG.LOH

Air terjun Cemerung adalah tarikan yang meletakkan Hutan Lipur Sungai Cemerung dalam peta pelancongan negeri terengganu khususnya kepada penggemar sukan lasak. X-plorasi kali ini akan menjelajah kawasan hutan lipur Sg. Cemerung menggunakan satu lagi sukan lasak yang jarang diceburi ramai iaitu ATV untuk sampai ke lokasi permulaan berakit arus deras @ White Water Rafting di Sg. Loh yang terletak di dalam hutan lipur Pasir Raja iaitu bersebelah dengan hutan lipur Sg. Cemerung. Suatu aktiviti yang sungguh mencabar dan menarik untuk dikongsi bersama peminat darisegi penggunaan ATV yang pertama kali digunakan dalam episod          X-plorasi dan cabaran deruman arus deras Sg. Loh yang bakal kami harungi... ATV Cemerung yang baru bertapak hampir 2 tahun menjadi nadi penggerak kepada permulaan episod kali ini. Kemahiran anak tempatan yang menggenalikan keperluan teknikal kenderaan ini di sini cukup membanggakan. Laluan balak yang tidak rata menjadi cabaran kepada Azuran dan team X-plorasi.

        Sg. Loh yang jarang diketahui peminat berakit arus deras sebenarnya mempunyai kederasan air yang sangat kuat. Jeram-jeram yang berada di tahap 3-5 membolehkan peminat aktiviti ini cuba menawannya. X-plorasi kali ini akan cuba menawan kesemua jeram-jeram Sg. loh yang dikatakan berada ditahap kesukaran sungai ke-2 merbahaya di Semenanjung Malaysia selepas Singor, Perak.

Nantikan episod X-plorasi ini....






























































Video WWR Sg.Loh :