Friday, 13 April 2012
X-PLORASI PULAU JARAK, PERAK
X-PLORASI KALI INI AKAN KE PULAU JARAK YANG TERLETAK DIPERAIRAN SELAT MELAKA. PULAU JARAK ADALAH ANTARA LOKASI SELAMAN BARU YANG TERLETAK LEBIH KURANG 34KM DARI TANAH BESAR LUMUT, PERAK. PERAIRAN SELAT MELAKA ADALAH LALUAN JALAN AIR YANG PALING SIBUK SEKALI DI DUNIA. IA DIGUNAKAN OLEH KAPAL DAGANG DAN TANGKI MALAH BOT-BOT PERIKANAN.KAWASAN PERIKANAN YANG AKTIF INI MENYUMBANGKAN HAMPIR 50% DARIPADA JUMLAH PENDARATAN IKAN DI NEGARA KITA,DIANGGARKAN LEBIHKURANG 15 RIBU BOT MENJALANKAN AKTIVITI PERIKANAN DI LALUAN INI. SAYA (AZURA) DAN TEAM XPLORASI MENGGUNAKAN BOT KALEEBSO AKAN MELIHAT SEJAUH MANA EKOSISTEM MARIN YANG TERDAPAT DI PULAU JARAK DAPAT BERTAHAN DENGAN PELBAGAI AKTIVITI YANG BERLAKU BERHAMPIRANYA.
Friday, 30 March 2012
PULAU PAYAR, KEDAH
X-plorasi kali ini akan meneroka pulau yang berada di dalam kepulauan Langkawi yang terkenal dengan satu-satunya pulau yang digazetkan sebagai Taman Laut di kawasan barat Semenanjung Malaysia iaitu Pulau Payar. Pulau ini merupakan kawasan yang dikawal oleh Jabatan Taman Laut Malaysia Negeri Kedah dalam menjaga dan memelihara ekosistem hidupan marin yang terdapat padanya. Kali ini saya (suriani) akan meneroka keunikan dasar laut dan daratan yang terdapat di sekitar pulau ini bersama pihak JTLM.
Pada tahun 1998 Pulau Payar pernah mengalami kerosakan teruk pada karangannya ekoran peningkatan suhu global yang meningkat kepanasannya. Kurang ketahanan kepanasan menyebabkan ekologi karangan di sini telah rosak teruk dan menyebabkan karangan menjadi kelunturan atau bleaching.
Ekoran kajadian ini, sudah pasti ekosistem laut turut terjejas terutamanya lokasi pembiakan ikan dan hidupan marin yang lain yang bergantung hidup antara satu sama lain. Langkah menutup pulau ini dari menerima kunjungan pelancong dan adanya pemantauan yang efensif dari pihak JTLM Kedah telah mengembalikan keindahannya dasarnya kembali. Ini ditambah pula dengan pelbagai usaha pemuliharaan dan konservasi yang dilakukan pihak JTLM seperti mengadakan tukun-tukun tiruan sebagai lokasi pembiakkan ikan, perumah kepada karangan dan hidupan marinnya mendatangkan kesan positif kepada biologi hidupan marin di pulau ini.
Antara adegan untuk semua :-
Monday, 26 March 2012
X-Plorasi Kembara 4x4 Lata Cermin, Gerik- Perak
Perjalanan kami bermula seawal jam 9 pagi...
Antara adegan sepanjang rakaman Xplorasi :
Friday, 23 March 2012
RAKAMAN RANCANGAN X-PLORASI MUSIM KE 11, 2012
PADA MUSIM INI, TEAM X-PLORASI AKAN MEMULAKAN EPISOD PERJALANAN BARU DENGAN MENJALANKAN RAKAMAN DI HUTAN BALING-GERIK DENGAN MELAKUKAN CABARAN LASAK 4X4 KE LATA CHERMIN BERSAMA TEAM KEDAH 4X4 PADA PENGHUJUNG MAC 2012.
XPLORASI SETERUSNYA, MELAKUKAN RAKAMAN SELAMAN DI PULAU PAYAR BERSAMA JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA (KEDAH) PADA AWAL APRIL 2012. HARAPAN KAMI AGAR SEGALA YANG DIRANCANG AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN SEMPURNA.
SURIANI ABDUL RAHMAN AKAN MENJADI HOST KEPADA KEDUA-DUA EPISOD INI DAN AKAN DIGANDINGKAN NANTI BERSAMA AZURA ZAINAL PADA EPISOD AKAN DATANG...ariooosss
XPLORASI SETERUSNYA, MELAKUKAN RAKAMAN SELAMAN DI PULAU PAYAR BERSAMA JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA (KEDAH) PADA AWAL APRIL 2012. HARAPAN KAMI AGAR SEGALA YANG DIRANCANG AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN SEMPURNA.
SURIANI ABDUL RAHMAN AKAN MENJADI HOST KEPADA KEDUA-DUA EPISOD INI DAN AKAN DIGANDINGKAN NANTI BERSAMA AZURA ZAINAL PADA EPISOD AKAN DATANG...ariooosss
Gabungan Lama dan Baru - Hos
Pada musim ke-11 ini, team X-plorasi RTM akan membuat perubahan terbaru darisegi kandungan, olahan, dan penampilan hos dalam penceritaannya. Diharapkan peminat X-plorasi akan terus menyokong rancangan ini.
AZURA ZAINAL
SURIANI ABDUL RAHMAN
Subscribe to:
Posts (Atom)

















