Thursday, 26 April 2012

X-PLORASI HUTAN SIMPAN PASIR RAJA (CHENGAL TERBESAR DI DUNIA)

Hulu Terengganu menjadi destinasi kembara X-plorasi kali ini. Lokasi utama di Hutan Simpan Pasir Raja, Dungun yang jauhnya 30 KM dari Bandar Muktafibillah Shah. Kali ini, x-plorasi akan bersama kelab pacuan 4 roda dari Dungun iaitu Kelab Peminat Pacuan Empat Roda Dungun, Terengganu ataupun PADAT 4x4 untuk menjejak pokok Chengal terbesar di dunia yang masih hidup subur di hutan simpan pasir raja. sebanyak 11 buah pacuan 4 roda akan bersatu untuk membantu X-plorasi meneroka khazanah alam semulajadi di hulu Terengganu.

Perjalanan dari Kuala Lumpur basah, jadi kami hanya boleh membayang sahaja akan keadan trek di dalam hutan nanti. Trek yang akan kami gunakan di Hutan Simpan Pasir Raja merupakan trek yang digunakan semasa Rainforest Challenge pada tahun 2005 & 2008 dan telah diiktiraf oleh Asia Pasifik Brand Foundation sebagai salah satu trek yang paling ekstrem dan terbaik.

Setelah bermain dengan kereta pacuan empat roda sejauh 26 km, kami akan menggunakaan kekuatan fizikal kami untuk trekking sejauh 1km untuk melihat keajaiban alam yang pertama kali ditemui pada tahun 1993, pokok Chengal yang terbesar di dunia. Ia berdiri gagah pada ketinggian 65meter dan berusia 1300 tahun.


Apa yang pasti, setiap kru x-plorasi sememangnya akan membawa cerita atau kisah Pokok Cengal yang sangat istimewa ini kepada anda melalui audio dan juga visual tidak lama lagi di TV1..nantikan kemunculannya... ;-)



























 




















































































Adegan-adegan aksi Team PADAT







Friday, 13 April 2012

X-PLORASI PULAU JARAK, PERAK

X-PLORASI KALI INI AKAN KE PULAU JARAK YANG TERLETAK DIPERAIRAN SELAT MELAKA. PULAU JARAK ADALAH ANTARA LOKASI SELAMAN BARU YANG TERLETAK LEBIH KURANG 34KM DARI TANAH BESAR LUMUT, PERAK. PERAIRAN SELAT MELAKA ADALAH LALUAN JALAN AIR YANG PALING SIBUK SEKALI DI DUNIA. IA DIGUNAKAN OLEH KAPAL DAGANG DAN TANGKI MALAH BOT-BOT PERIKANAN.KAWASAN PERIKANAN YANG AKTIF INI MENYUMBANGKAN HAMPIR 50% DARIPADA JUMLAH PENDARATAN IKAN DI NEGARA KITA,DIANGGARKAN LEBIHKURANG 15 RIBU BOT MENJALANKAN AKTIVITI PERIKANAN DI LALUAN INI. SAYA (AZURA) DAN TEAM XPLORASI MENGGUNAKAN BOT KALEEBSO AKAN MELIHAT SEJAUH MANA EKOSISTEM MARIN YANG TERDAPAT DI PULAU JARAK DAPAT BERTAHAN DENGAN PELBAGAI AKTIVITI YANG BERLAKU BERHAMPIRANYA.